I made this widget at MyFlashFetish.com.


Monday, 19 March 2012

MENOLAK KERAGUAN BAHAWA ISLAM TIDAK MAMPU DITERAPKAN SECARA PRAKTIKAL KECUALI PADA ZAMAN SAHABAT SAHAJA

Sebahagian dari musuh-musuh Islam serta orang-orang yang tidak mempunyai pengetahuan tentang hakikat agama ini dan masa-masa lalu yang telah dilalui oleh kaum muslimin,mengatakan bahawa Islam dengan konsep-konsepnya,tasri`-tasri`nya,dasar-dasarnya,hukum-hukumnya,tidak sesuai dipraktikan dalam yang nyata ini kecuali pada zaman kenabian dan pada zaman-zaman khulafa Ar-Rasyidin yang empat sahaja.Dan sesetengahnya pula hanya menambah dua tahun lagi iaitu ketika zaman pemerintahannya Umar Abdul Aziz.

        Sedangkan pada zaman-zaman seterusnya,dan abad-abad sepanjang yang dilalui oleh masyarakat dan negara Islam sejak Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW sampai ke hari ini,Islam mereka hanya menganggap sebagai konsep-konsep berharga manakala tasyri`-tasyri` yang idealis di dalam Al-Qurannul Karim,sunnah yang suci,dan kitab-kitab tidak pernah dipraktikan kaum Muslimin dengan konsisten.

           Keraguan ini ditimbulkan oleh mereka atas beberapa sebab berikut:-
 
      1.    Menyatakan bahawa agama Islam tidak sesuai dilaksanakan di bumi yang nyata pada zaman sekarang. Menurut sangkaan mereka,hanya pada 10 tahun yang dijalani oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah, kemudian pada usia 30 tahun kekhilafaan Khulafa` Ar-Rasyidin yang empat,dan seterusnya 2 tahun pemerintahan Umar Ibn Abdul Aziz RA sahaja ajaran ini sesuai dilaksanakan dengan baik.

           Dengan kenyataan yang sedemikian,mereka mengaburi mata umat Islam dengan menyatakan bahawa umur keseluruhan Agama Islam itu hanya selama 42 tahun sahaja.

 
    2.   Mengaburi orang-orang bahawa manusia tidak sanggup menerapkan nilai-nilai Islam lebih daripada masa 42 tahun ini kerana kesulitan hukumnya,kerasnya peraturan-peraturannya dan tidak sejajarnya peraturan-peraturan ini dengan keadaan manusia zaman ini,sehingga mereka lari darinya dan kembali kepada adat istiadat dan tradisi-tradisi mereka semula serta melepaskan diri dari Islam secara keseluruhannya.

    3.   Apabila telah tercapai matlamat mereka bahawa Islam sukar diterapkan pada masa dan zaman ini, dan mustahil juga diterapkan dalam realiti kehidupan manusia sekarang seterusnya mereka menguatkan lagi, bahawa nilai-nilai ini telah menjadi sukar semenjak zaman selepas Nabi Muhammad SAW,apatah lagi pada zaman kita sekarang ini.Ini kerana selang masa antara Nabi Muhammad SAW dan zaman kita sangat jauh!.

        Oleh kerana itu,mereka menyatakan bahawa,orang-orang yang menutut supaya kita mengamalkan syariat Islam kembali dalam kehidupan seharian kita,merupakan satu paksaan yang tidak mampu dilaksanakan oleh sesiapapun.

        Apa yang sangat menyedihkan adalah,di samping usaha-usaha para musuh Islam untuk mengaburi mata umat Islam dalam hal ini,sebenarnya mereka juga turut dibantu oleh para pendakwah dan pemikir-pemikir Islam yang memiliki niat yang baik melalui fokus mereka sebenarnya mengenepikan zaman-zaman sejarah yang dilalui oleh kaum Muslimin selepas zaman sahabat.Atau mereka langsung tidak mengkaji tentang negara-negara dan tokoh-tokoh Islam yang memerintah kaum Muslimin selepas zaman sahabat.

       Untuk tujuan kita menolak keraguan-keraguan yang dtimbulkan ini,dan dengan tujuan untuk menjelaskan perkara yang sebenar kepada saudara-saudara kita,maka saya akan meringkaskan pendapat saya ini kepada beberapa perkara penting yang sesuai untuk menyanggah pendapat-pendapat di atas:-

    1.Keraguan ini bertentangan dengan hakikat-hakikat Islam yang murni dan konsep-konsepnye yang kukuh.Islam adalah agama yang umum dan sesuai pada bila-bila masa,sejak zaman dahulu hinggalah ke akhir zaman nanti.Agama Islam juga merupakan agama yang sesuai pada semua tempat dan keadaan.Islam  merupakan satu-satunya agama yang mencukupi seluruh aspek kehidupan manusia walaupun sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara.Islam yang sesuai dengan semua masa,keadaan,dan tempat merupakanciri-ciri dasar,dan banyak lagi ciri-ciri lain yang menunjukkan Islam merupakan agama yang sangat istimewa.

      Allah SWT berfirman:

   "Dan kami tidak mengutusmu melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan,tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,"
                                                                                        (Surah Saba`:28),

dan firman Allah SWT lagi:

      "Dan tiadalah kami mengutusmu melainkan untuk(menjadi) rahmat bagi seluruh alam,"
                                                                                          (Surah Al-Anbiya`:107)

      Keraguan yang ditimbulkan oleh pihak musuh ini adalah bertujuan untuk menghadkan ajaran Islam itu hanya untuk beberapa tahun sahaja,dan seolah-olah Islam itu tidak sesuai dilaksanakan kecuali pada masa itu sahaja.

 2. Keraguan yang ditimbulkan ini sebenarnya merosakkan penutupan kenabian dan kerasulan juga risalah penghulu kita Nabi Muhammad SAW, kerana keraguan yang ditimbulkan oleh mereka ini juga menuduh (Risalah Rasulullah SAW) tidak mampu untuk memenuhi segala keperluan manusia sampai ke hari kiamat. Melalui keraguan yang telah ditimbulkan oleh pihak musuh ini,masyarakat sanggup untuk menolak Agama Islam, dan tidak mahu untuk mengamalkan ajaran -ajaran di dalam agama yang mulia ini.

3.   Bahkan perkataan ini juga sebenarnya merosakkan zat Allah SWT. Maha suci Allah SWT dari apa-apa yang dikatakan oleh orang-orang yang zalim itu. Ini berlaku kerana,keraguan yang ditimbulkan oleh mereka ini,membuktikan bahawa Allah SWT tidak mengetahui bahawasanya hukum-hukum Islam ini tidak sesuai dengan orang-orang yang lahir sesudah zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman sahabat-sahabat.Dan seolah-olah Allah SWT juga tidak mengetahui kemampuan-kemampuan manusia selepas zaman tersebut,  mereka tidak sanggup untuk melaksanakan hukum-hukum ini.

4.    Atau kemungkinan,mereka ingin menuduh bahawa Allah SWT hendak memaksa manusia sesudah zaman sahabat untuk melaksanakan hukum-hukum yang tidak sesuai dengan hidup dan kehidupan mereka, dan ini merupakan satu bentuk kekerasan terhadap mereka.

5.     Perkataan-perkataan mereka ini sebenarnya benar-benar bercanggah dengan hadith Nabi Muhammad SAW yang menjelaskan bahawa Islam tetap kekal sampai ke hari kiamat,dan bahawa kemuliaan serta kejayaan akan kembali kepada kaum Muslimin,dan akhir sekali,kemenangan akan berpihak kepada mereka...
Contohnya:

         Sabda Rasulullah SAW:

"Sekelompok orang dari umatku akan sentiasa membela kebenaran,mereka tidak dapat dimudharatkan oleh orang yang ingin menzalimi mereka,sehingga datang keputusan Allah SWT, dan mereka akan tetap seperti demikian."

Sabda Nabi Muhammad SAW lagi:

"Gembirakanlah umat Islam ini dengan kemuliaan agama,kejayaan,kemenangan,dan tamkin(kekuatan) di muka bumi."

  Sabda baginda seterusnya:

"Sesungguhnya Allah telah menunjukkan bumi untukku,lalu aku melihat daerah-daerah timur dan baratnya, dan kekuasaan umatku akan mencapai apa yang ditunjukkan-Nya kepadaku."

Serta hadith-hadith lain yang dinamakan oleh para ulama dengan hadith-hadith Al-Mubasyyiraath (khabar-khabar gembira).Jadi bagaimanakah mereka itu boleh mendustakan hadith-hadith ini dan menginginkan supaya kita semua sama-sama mempercayainya?!

6.    Perdebatan mereka dengan apa yang terjadi selepas zaman Khulafa` Ar-Rasyidin merupakan perdebatan yang tidak kena pada tempatnya dan merupakan satu pemahaman yang keliru serta merosakkan citra Islam pada masa-masa akan datang.

  Padahal,faktanya,kaum Muslimin secara umumnya,tidak seorang pun dari mereka melepaskan diri daripada keteguhan kepada agamanya dan dari sikap konsisten terhadapnya dalam seluruh urusan kehidupannya yang bersikap khusus(peribadi) dan umum.Sementara itu,pengadilan,hukum,bahkan undang-undang yang mengatur kehidupan kaum Muslimin adalah bersumberkan al-Quran dan Hadith.

 Perkara tersebut telah berlangsung sejak zaman Mu`awiyyah RA sehingga zaman kesultanan Uthmani dan berakhir sebelum Mustafa Kamal Attartuk mengumumkan penghapusan sistem kekhalifahan pada tahun 1924M.

Dalil yang membuktikan tentang kebenaran hal tersebut ialah,bahawa perempuan Muslimah masih tetap konsisten dengan pemakaian yang sesuai dengan syariat ketika dari rumahnya,kerana berpegang teguh kepada konsep-konsep dasar Islam. Perkara ini berlaku sehinggalah awal abad ke 20 Masihi ketika musuh-musuh Islam berjaya memujuk sebahagian dari wanita Muslimah dan membuat mereka berani menyatakan ketidak konsistenan mereka terhadap konsep-konsep dasar Islam.

Dalil untuk perkara tersebut juga termasuklah,bahawa meluasnya wilayah kekuasaan Islam tidak terbatas hanya pada zaman sahabat-sahabat sahaja.Bahkan,sebaliknya kekuasaan wilayah ini semakin bertambah beribu-ribu kali ganda dari apa yang ada pada zaman sahabat. Dan pelbagai bangsa serta etnik turut menerimanya. Dan Alhamdulillah,ramai yang masuk Islam. Dimana para sahabat sendiri tidak pernah mendengar tentang mereka. Melalui kesinambungan perluasan kekuasaan Islam pada akhir zaman pemerintahan Umawiyyah dan pada awal pemerintahan Abbasiyyah serta sebahagian bsesar pemerintahan Uthmaniyah, dan juga melalui  kekonsistenan kaum Muslimin dengan keIslaman mereka dalam interaksi-interaksi perdagangan dan perilaku mereka terhadap kaum yang bukan muslim, telah membuatkan ramai orang bukan Islam masuk ke dalam agama Islam secara berbondong-bondong.

7. Keraguan ini juga datang kepada mereka dari ketidakfahaman mereka tentang Islam. Mereka hanya membatasinya pada ruang lingkup yang sempit,iaitu ruang lingkup kejayaan kepimpinan dan tatacara perlantikan khalifah atau sistem politiknya sahaja.Mereka tidak tahu bahawa Islam boleh diterapkan dalam kehidupan seharian secara keseluruhannya. Ini termasuklah dalam bidang ekonomi, sosial, hukum , pengadilan, dan ketenteraan.

   Ini merupakan satu kejahilan yang sangat besar. Sebab,Islam bukan hanya sistem pemerintahan sahaja.
Walaubagaimanapun sistem pemerintahan merupakan perkara penting, dan di samping itu para pemerintah tersebut berbenteng dengan Islam serta berpegang teguh dengannya.

8.     Selain itu, mengabaikan peranan ulama, fuqaha dan para pendakwah juga merupakan penyebab kepada keraguan yang ditimbulkan ini. Mereka beranggapan bahawa umat tidak di bina secara praktis dan pemikiran melalui buku dan penelitian kecuali pada zaman selepas sahabat. Lalu bagaimana mereka boleh mengatakan bahawa terlantarnya Islam adalah disebabkan kesedaran dan pemikiran kebangkitan ilmiah ini?!

9.      Mereka mengabaikan jangka masa yang panjang di mana Allah SWT memuliakan Islam dengan beberapa pemimpin yang bersungguh-sungguh dalam mencontohi Nabi Muhammad SAW dan sahabat- sahabatnya yang mulia.Islam juga telah memperlihatkan khidmat-khidmat yang mulia serta mengembalikan umat ke masa terdahulunya sebagai perintis dan pimpinan di antara bangsa-bangsa seperti Harun Ar-Rasyid, Salahuddin Al-Ayyubi,Saifuddin Qathaz,Muhammad Al-Fatih,dan ramai lagi.

10.      Keteguhan hati kaum muslimin dengan keIslaman mereka biasanya,dan jauhnya mereka dari Al-Quran dan sunnah bukanlah disebabkan oleh jauhnya zaman mereka dengan zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnyaa. Akan tetapi semuanya kembali kepada pengetahuan Muslim itu sendiri tentang misinya dan pelaksanaan serta peranannya. Oleh sebab itu, dalam sejarah Islam kita dapat lihat ada zaman di mana agama Islam itu berkembang pesat di kalangan kaum Muslimin, dan ada  pula zaman di mana umat Islam mengalami kemerosotan dan kemunduran.

11.      Pada setiap zaman kita dapat lihat contoh-contoh yang baik dan bagus tentang komitmen terhadap Islam dan keteguhan orang-orang Muslimin yang berpegang dengannya. Dan tidak ada seorang pun yang sanggup mengingkari hal tersebut.

Di dalam buku ini,dengan pertolongan Allah SWT , dan taufik-Nya, maka saya telah berjaya menghimpukan banyak watak-watak wanita solehah dari pelbagai masa dan zaman. Namun saya lebih memberi fokus kepada wanita zaman moden,supaya saya dapat menjelaskan bahawa di antara kita dan pada zaman kita sekarang ini masih ada orang yang mahu mengamalkan ajaran yang baik demi agama Islam dan ikhlas beramal dengannya sehingga dia menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat-masyarakat lain.Dan ini, waallhu a`lam, termasuklah sanggahan terhadap orang-orang yang suka dan sangat kuat mempropagandakan kekeliruan dan melemahkan semangat orang-orang Islam.Juga sanggahan terhadap kebohongan terhadap agama Allah SWT dan penolakan terhadap tuduhan-tuduhan yang batil terhadap Islam.

Semoga Allah SWT melindungi Islam dari kejahatan mereka dan mengembalikan tipu daya mereka kepada diri mereka sendiri. "Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan   (sesuatu) kecuali dusta."
(Surah Al-Kahfi:5)




                                      "Sesiapa  yang tidur atau terlupa hingga
                                           luput sembahyang
                                        hendaklah dia menunaikan ( sembahyang)
                                               sebaik-baik
                                        sahaja dia ingat(sedar) kembali"
                                                  (Riwayat Al-Bukhari)




                                Apabila menyusukan anak maka setiap titik air
                                  susu akan diberi satu kebajikan.Berjaga malam
                                kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan
                               70 orang hamba.Wanita yang berpeluh kerana terkena
                                  bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka.