I made this widget at MyFlashFetish.com.


Monday 27 February 2012

MENGAPA HARUS BERBICARA DENGAN WANITA MUSLIMAH ZAMAN INI

Pentingnyya berbicara dengan wanita Muslimah zaman sekarang ini,adalah disebabkan dua perkara utama yang tidak boleh ditolak lagi,iaitu:-

             PERTAMA;krisis mental yang sedang dilalui oleh umat zaman ini.
             KEDUA;besarnya peranan wanita dalam menangani krisis ini.

  Kedua-dua hal tersebut dapat dijelaskan melalui penjelasan-penjelasan berikut:-

            PERTAMA;Krisis mental yang sedang dilalui oleh umat zaman ini.

Tidak dapat diragukan lagi,bahawa umat Islam zaman sekarang ini sedang melalui satu zaman sulit,dimana ianya sangat berbeza dari sejarah zaman-zaman sbelum ini.Bahkan boleh dikatakan bahawa umat Islam tidak pernah melalui satu zaman sesulit ini sebelum ini.Banyak bahaya-bahaya sedang mengancam mereka dari luar, sementara pelbagai penyakit sedang dijangkiti oleh tubuh mereka dari dalam.

         Dalam masa yang sama di kalangan umat Islam jarang ada manusia yang berbuat baik dengan ikhlas.Dan sekiranya ada orang yang memahami peranannya untuk membangunkan syiar Islam.Di kalangan orang yang ikhlas dan betul-betul tekad untuk melaksanakannya.Dan di antara mereka pula jarang ada orang yang tidak dihalangi oleh kekuatan didalam dan diluar untuk bertindak.Maka benarlah kata-kata:-

         Sudahlah jumlah mereka itu sedikit,
         Mereka pun lebih sedikit dari yang sedikit.

              Maka telah wujudlah kepada kita,apa yang telah diramalkan oleh Nabi Muhammad SAW sebelum ini.Semua ini adalah sebagai peringatan bagi kita.Ketika beliau bersabda:''Hampir tiba masanya ketika umat- umat lain merebut-rebut kamu,sepertimana orang-orang yang hendak makan merebut-rebut hidangannya. Para sahabat berkata,"Apakah kerana jumlah kami sedikit ketika itu Ya Rasulullah?"Beliau menjawab, "Tidak,bahkan pada ketika itu jumlah kamu sangat banyak.Akan tetapi pada masa itu kamu terumbang-ambing seperti terumbang-ambingnya buih,dan ALLAH SWT pasti akan mencabut rasa segan dari hati musuh-musuh kamu,serta meletakkan rasa wahn di hati kamu."mereka bertanya,"Apakah itu Wahn Ya Rasulullah,Lalu beliau pun menjawab,"Cintakan dunia,dan benci kematian."

             Semua ini adalah kaedah yang digunakan oleh pihak luar(orang bukan Islam) yang tidak berhasil, kecuali ketika penyakit dalaman semakin parah,iaitu penyakit Wahn.Penyakit Wahn semakin menjalar dikalangan kaum Muslimin dan cintakan dunia telah mendominasi hati mereka.

             Berdasarkan perkara-perkara ini,sunatullah terhadap umat Islam khususnya,dan umat-umat lain umumnya,adalah bahawa kejayaan itu tidak akan abadi,dan kejatuhan itu pula tidak akan berterusan.Bahkan  ALLAH SWT telah menjanjikan untuk menggilirkan hari-hari di antara manusia.Yang mulia tidak akan selamanya mulia,dan yang hina tidak akan selamanya hina.

            Allah SWT telah berfirman,
"Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan diantara manusia."
                                                                        (Surah Ali Imran ayat 140).

           Selain sunnah umum kepada seluruh umat ini,ada lagi sunnah khusus hanya bagi umat Islam.Iaitu bahawa umat Islam tidak akan mati secara keseluruhannya,dan tidak dapat disingkirkan sehingga ianya lenyap atau musnah.Bahkan,kadang-kadang ianya akan menjadi lemah dan sangat lemah.Akan tetapi,pada bila-bila masa pun,agama Islam tidak akan lenyap atau sekadar tinggal namanya.

          Sejarah merupakan bukti yang paling kukuh terhadap hal ini.Musuh-musuh Islam telah beberapa kali berasa sangat gembira kerana  menyangka bahawa umat Islam telah disingkirkan,negara-negara Islam serta kekuatan pemerintahannya telah lenyap buat selama-lamanya.Akan tetapi kegembiraan mereka tidak kekal lama dan hanya sia-sia sahaja.Ini adalah kerana dalam beberapa tahun atau beberapa abad sahaja Umat Islam kembali bangkit seperti keadaan sebelumnya dan kembali memegang pemerintahan.

        Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan anugerah kepada umat Islam pada zaman kita sekarang ini.Kerana zaman ini merupakan zaman kebangkitan semula sesudah tadinya kita lalai,dan keterjagaan kita semula dari tertidur dengan lena.Dan tanda-tanda kebangkitan ini kita dapat lihat dengan jelas dalam raut-raut wajah masyarakat Islam kini.

       Namun realitinya,harus ditegaskan bahawa kebangkitan ini sebenarnya memerlukan kepada dukungan, keteguhan dan kesepaduan masyarakat di atas kebenaran,dan haruslah berdiri dengan tekad dan haruslah tidak lemah di hadapan musuh-musuh.Tidaklah harus berada dalam kelemahan sama ada kelemahan itu datangnya dari sebab kebodohan atau pengkhianatan,ataupun dari luar sama ada dengan tipu muslihat ataupun permusuhan.Sehingga mampu mengagumkan orang-orang yang btul-betul di atas jalannya sehingga mampu mengagumkan orang-orang yang beriman dan menjengkelkan orang-orang kafir serta munafik serta mengangkat martabat umat Islam di seluruh dunia.

       Jika seorang perempuan,ketika saat dia melahirkan seorang anak,dia memerlukan kepada tenaga orang lain untuk membantunya bersalin seperti doktor dan para jururawat supaya dia dapat bersalin dengan selamat,seperti itu juga umat Islam pada zaman sekarang ini juga memerlukan bantuan masyarakat disekeliling yang dimaksudkan di sini bukan sahaja kaum lelaki,tetapi kaum wanita juga mempunyai peranan yang besar.Dan sebenarnya boleh dikatakan bahawa peranan kaum wanita itu lebih banyak dari lelaki.
Kenapa?Kerana kaum wanita mempunyai peranan yang sangat besar dalam mmbawa umat untuk menangani krisis dan menyebarkan usaha-usaha kebangkitan Islam dikalangan masyarakat.Ini boleh kita jelaskan melalui penjelasan-penjelasan yang berikut:

       Kedua;besarnya peranan wanita dalam menangani krisis.

       Peranan ini boleh kita lihat dengan jelas melalui beberapa sebab berikut:

   1.Wanita dalam Islam bukanlah sesetengah masyarakat sebagaimana yang pernah disebutkan oleh sebahagian dari manusia sebelum ini.Akan tetapi dia termasuklah dalam masyarakat secara keseluruhannya, seperti kata seorang pendakwah,"Kamu adalah sebahagian dari masyarakat dan kamu melahirkan sebahagian lagi.Ini bereti,kamu adalah masyarakat secara kesuluruhannya."

         Beginilah Islam memandang perempuan dan beginilah Islam meletakkan peranan dan tanggungjawab yang besar di bahu wanita sehingga membuatnya mendapat tempat yang teratas diantara orang-orang yang mempunyai tanggungjawab dalam membangunkan semula masyarakat dan agama Islam.

       2.  Masyarakat sekarang sangat memerlukan pemimpin Muslim yang dapat menyatukan visinya serta menyatukan pendapatnya,yang boleh mewujudkan kemenangan dengan kuasa Allah SWT.

         Pemimpin yang dimaksudkan ini tidak akan turun dari langit atau keluar dari perut bumi,melahirkan dia akan lahir dari rahim ibunya,seorang perempuan dan dia akan terdidik oleh perempuan itu.Ini bereti bahawa seorang perempuanlah yang akan melahirkan pemimpin tersebut,mengasuhnya,dan menjadikan dia seorang yang boleh diterima oleh masyarakat sebagai seorang pemimpin.Sebagaimana yang pernah dilakukan oleh perempuan-perempuan salafus soleh bersama anak-anak mereka seperti Asmaa` bersama Abdullah Ibn Zubair ,dan Al-Khunsaa` bersama empat orang puterinya.

     3.Umat keseluruhannya,memerlukan kepada tarbiyah imaniyah(pendidikan iman),iaitu pendidikan yang memperkenalkan kepada muslim akan perbezaan diantara roh dan jasad,nilai dunia dan nilai  akhirat, makna kehidupan dan juga makna kematian.

      Pendidikan inilah yang akan membantu para pemimpin yang bertaqwa untuk mencari & bertemu dengan para pejuang-pejuang yang ikhlas disekeliling mereka supaya mereka dapat bersama-bersama mendukung perjuangan di medan pertempuran untuk menaikkan semula martabat umat Islam.Dan dengan sifat-sifat ini Allah akan membantu memberi kemenangan kepada umat Islam.

     Pendidikan ini tidak akan terjadi dengan sendirinya kecuali dengan tarbiyah dan didikan para ibu yang memahami Islam dengan sebenar-benarnya.Mereka ini akan mengajar dan mendidik jiwa anak-anak mereka  supaya memiliki keimanan yang sebenarnya kepada Allah SWT.

   4.Umat pada zaman sekarang ini berada dalam satu situasi yang secara keseluruhannya memerlukan  peranan setiap anggotanya untuk menunaikan kewajipannya terhadap agamanya.Ini kerana apabila ada cela dari mana-mana bahagian,dengan bersatunya masyarakat secara keseluruhannya mereka akan mampu untuk menutup cela-cela itu secara keseluruhannya juga.Ini akan mampu membuat mereka itu berjaya membangunkan semula masyarakat dan umat Islam kerana Allah SWT.

  Peranan pemimpin di sini adalah sangat besar.Iaitu mereka ini memainkan peranan yang penting dalam rumahtangga Muslim dan keluarga Muslim yang merupakan benteng terakhir bagi umat ini.Jika kaum wanita berjihad dengan baik didalamnya dan dapat melaksanakan tanggungjawabnya didalamnya,bererti dia telah melindungi umat dari bahaya yang besar dan tanah airnya dari fitnah yang besar.Ini juga dapat membantu mempercepatkan kemenangan umat Islam.

   5.  Perempuan merupakan pintu utama dan besar untuk pihak musuh masuk ke dalam dan merosakkan umat Islam secara keseluruhannya,sama ada pada masa-masa lalu,atau pada masa sekarang ini.

        Rasulullah SAW pernah bersabda,"Aku tidak meninggalkan sesudahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki selain perempuan."

        Maka,oleh sebab itu,andai kata kaum wanita dapat memainkan peranannya,menjaga kehormatannya dan memelihara dirinya,dia dapat merosakkan rancangan-rancangan jahat pihak musuh Islam dan menutup pintu besar tempat mereka masuk untuk menghancurkan masyarakat Islam.Dan dengan demikian,ini bereti bahawa perempuan-perempuan itu berjaya untuk melindungi dirinya dan juga membela agamanya.

        Disebabkan perkara-perkara yang telah disebutkan sebelum ini,dan juga sebab-sebab lain yang tidak dinyatakan disini,sangat-sangat pentinglah untuk kita berbicara dengan wanita pada zaman sekarang ini.Maka wanita-wanita ini wajiblah untuk memahami,melaksanakan,mengajak,bersikap konsisten dan menjalankan peranannya terhadap agamanya serta umatnya.

       Alhamdulillah,sejarah Islam kita penuh dengan bukti-bukti dan contoh-contoh yang menegaskan bahawa kaum wanita telah berjaya dalam menunaikan tanggungjawab dan peranannya dengan sebaik-baiknya dalam bidang kemasyarakatannya pada masa-masa lalu,sebagaimana yang akan dijelaskan dalam pembahasan-pembahasan seterusnya didalam buku ini.

       Di sini juga akan ditegaskan bahawa,seandainya kita mampu untuk mencontohi peranan-peranan wanita-wanita solehah sebelum kita ini,maka kita juga akan mampu untuk berjaya dalam membangkitkan semula masyarakat Islam dan agama Islam.Ini hanya memerlukan kepada orang yang membimbing dan meletakkan wanita di jalan kebenaran serta mengasah tekad mereka supaya mencontohi teladan-teladan yang baik yang juga akan membantu kehidupan mereka di akhirat kelak.Buku ini mungkin dapat membantu wanita-wanita zaman sekarang ini.



               
                                   "......perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatannya dirinya    ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah....."
                                          (Surah an-Nisa:34)

1 comment: