I made this widget at MyFlashFetish.com.


Monday 27 February 2012

KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM

Para ulama telah banyak menulis buku-buku dan telah ada pelbagai perbahasan yang memperlihatkan betapa terhormatnya kedudukan di mana Islam meletakkan wanita. Perbahasan ulama-ulama tentang tingginya kedudukan wanita dalam Islam ini telah dinyatakan dengan jelas tanpa ada satu kesamaran atau satu syubhat yang palsu pun,melainkan semuanya telah dinyatakan dengan dalil-dalil dan bukti-bukti yang kukuh.
        Maka,disebabkan itu,apa yang saya ingin nyatakan di sini hanyalah satu kesimpulan mudah dan ringkasan yang sederhanang dari pendapat -pendapat para ulama ini bagi orang-orang yang ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang tema besar ini.
         Dalam pengenalan yang singkat ini saya ingin menegaskan satu hakikat penting yang perlu benar-benar jelas  iaitu;-
          Ketika para ulama dan fuqaha berbicara tentang kedudukan wanita dsebagaalam Is
lam,mereka tidak membela Islam.Ini kerana Islam tidak pernah berada dalam keadaan salah berkaitan dengan apa-apa masalah termasuklah permasalahan berkaitan dengan wanita.Islam tidak pernah sesekali pun salah dalam hal ini,kerana Islam merupakan agama dan syariat ALLAH SWT yang Maha Bijaksana ,yang mana akal dan pemahaman manusia tidak pernah sampai ke tahap itu.
          Kedudukan wanita dalam Islam boleh dilihat dari dua sudut dan perspektif yang berbeza,iaitu;-
    1.Dari perspektif kemanusiaan.Ini  membincangkan kedudukan wanita dalam Islam yang memiliki kriteria-kriteria manusia seperti juga kaum lelaki.
    2.Dari perspektif kewanitaan.Ini membincangkan keadaan wanita yang membezakannnya dengan lelaki dengan ciri-ciri khas kewanitaannya.
        Lalu Islam memberi wanita hak kemanusiaan secara kukuh dan menjaga kriteria-kriteria kewanitaannya secara sempurna serta tidak mengabaikan kedua-duanya.

        Ustaz Al-Bahi Al-Khauli berkata,"ketika Islam mengembalikan wanita kepada kedudukannya,Islam bertolak dari watak dan tabiatnya,dan Islam telah meletakkan kedudukan wanita sama sahaja dengan lelaki dalam seluruh hak dan kewajipan sebagai manusia,juga telah mendeklarasikan sifat-sifat manusia wanita  yang khusus yang membezakannya dari lelaki dengan menganggapnya sebagai wanita yang memiliki sifat-sifat khusus dan hak serta kewajipan-kewajipan yang berbeza.Dalam tasri`nya,pada kedua-dua dimensi bagi perempuan ini,Islam tidak mengabaikannya dari keadaan fitrah semulajadi,dan juga tidak melampauinya jauh yang telah digariskan oleh alam bagi seorang wanita."
       
        Nas-nas al-Quran dan Sunnah mengukuhkan lagi pandangan Islam terhadap wanita yang memberinya kedudukan yang sangat tinggi,mulia dan terhomat.Dan disini kami akan paparkan beberapa contoh tersebut:-

        1-Dalam mengukuhkan sifat kemanusiaan seorang Muslimah ALLAH SWT berfirman:

"Hai manusia,sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi ALLAH SWT ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu.Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali."
                                                                                (Surah Al-Hujuraat:13)

       Ini bererti bahawa dia sama seperti kaum lelaki dalam sifat kemanusiaan dan dia adalah saudaranya sesama manusia.ALLAH SWT telah menciptakannya sebagaimana dia menciptakan lelaki,dan tidak ada kelebihan kaum lelaki keatasnya.Oleh kerana itu,Rasulullah SAW telah bersabda,"Sesungguhnya kaum wanita adalah saudara kandung kaum lelaki."

     2-Oleh kerana sifat kemanusiaannya telah dikukuhkan,maka dia mestilah memikul tanggungjawab penuh terhadap perbuatan-perbuatannya.Dan ini bererti bahawa dia akan mendapat ganjaran pahala dan menanggungnya seksa atas segala perbuatannya.ALLAH SWT telah berfirman:

        "Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya(dengan berfirman):"Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal diantara kamu,baik laki-laki atau perempuan,(kerana)sebahagian kamu adalah turunan dari sebahagian yang lain."
                                                                                                     (Surah Ali Imran:195)

          ALLAH SWT berfirman lagi:

"Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh,baik laki-laki mahupun perempuan,sedang dia adalah orang yang beriman,maka mereka itu akan masuk kedalam syurga dan mereka tidak akan dianiaya walaupun sedikit."
                           (An-Nisaa`:124)

    3-     Jika dia harus memikul tanggungjawabnya,maka sia mestilah mempersiapkan diri untuk memikul tanggungjawab ini.Ini bererti bahawa dia harus dididik dengan sebaik-baiknya dan diajari dengan ajaran-ajaran yang benar.

          Rasulullah SAW bersabda,

                "Sesiapapun laki-laki yang memilih hamba sahaya perempuan,lalu dia mengajarinya dengan sebaik-baiknya,dan mendidiknya dengan bagus,kemudian dia memerdekakannya dan menikahinya,maka baginya dua ganjaran pahala."



       Rasulullah SAW bersabda lagi,
"menuntut ilmu itu adalah kewajipan atas setiap Muslim."Dan perempuan juga adalah termasuk dalam kewajipan ini,sebagaimana yang telah diperjelaskan oleh Al-Hafiz As-Sakhawi,"Sebahagian penulis memasukkan di bahagian akhir hadith ini kata Muslimah,padahal sedikit pun tidak ada disebutkan dari perawi-perawinya,sekalipun maknanya memang sohih"

       Diantara aspek yang menguatkan hal tersebut adalah bahawa seorang perempuan pernah datang kepada Nabi Muhammad SAW lalu berkata,"Kaum lelaki telah mengalahkan kami atasmu.Maka khususkanlah kepada kami satu hari  dari dirimu."lalu beliau menetapkan satu hari untuk mereka di mana beliau menemui mereka dan menasihati mereka serta memerintakan mereka."

    4-Apabila wanita telah menjadi terpelajar dan terdidik,maka tida mungkin sama sekali mereka ini tidak mendapat hak-hak ekonomi dan sosial mereka.

        Maka dari segi keupayaan ekonominya,Islam memberinya hak untuk memiliki,mewarisi,berjual-beli,menerima , memberi , dan lain-lain urusan muamalat.


        ALLAH SWT berfirman:

"Bagi kaum laki-laki ada hak dan bahagian dari harta peninggalan ibu bapa dan kaum kerabatnya,dan bagi orang perempuan ada hak dan bahagian (pula) dari harta peninggalan ibu bapa dan kaum kerabatnya,baik sedikit atau banyak , menurut bahagian yang telah ditetapkan." (An-Nisaa`:7)

       Dan ALLAH SWT berfirman lagi:

"Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada perempuan (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati,maka makanlah(ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya." (An-Nisaa`:4)

        Rasulullah SAW bersabda,
           "Wahai sekalian perempuan , bersedekahlah kamu........."Al-Hadith.
   Rasulullah SAW bersabda lagi,
"Jika perempuan berinfak makanan dari rumahnya, tanpa merosakkan , baginya pahala kerana apa yang diinfakkannya itu dan bagi suaminya pahala kerana apa yang diusahakannya."Al-Hadith.

       Dari segi keupayaan sosialnya,Islam telah memberinya hak untuk memilih lelaki yang disukainya sebagai suami. Dan tidak ada seorang pun dari walinya, yang boleh memaksanya untuk menerima seseorang sebagai suaminya, walaupun yang memaksanya itu adalah bapa kandungnya sendiri.

       Rasulullah SAW bersabda,
"Janda lebih berhak atas dirinya dari walinya,dan bagi anak dara pula haruslah diminta izin oleh ayahnya mengenai dirinya , dan izinkannya itu adalah diamnya."
     
        Jika ada seorang yang memaksanya atas hal tersebut (perkahwinannya) , maka Islam menyerahkan masalah tersebut kepadanya.Jika dia mahu , dia bolehlah menerimanya , dan jika dia mahu, dia juga boleh menolaknya."

         Seseorang gadis pernah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata,"Ayahku telah menikahkan aku dengan anak saudaranya untuk meninggikan kerendahan darjatnya."Maka Rasulullah SAW pun menyerahkan masalah tersebut kepadanya.Lalu dia berkata,"Aku telah memperbolehkan apa yang telah diperbuat ayahku.Akan tetapi aku hanya ingin memberitahu kaum wanita bahawa para ayah tidak memiliki sedikit hak pun dalam masalah ini."

          Imam Ibn Al-Qayyim berkata,"perawan yang sudah baligh tidak boleh dipaksa menikah,dan tidak boleh dinikahkan kecuali dengan redhanya.Ini adalah pendapat jumhur salaf,mazhab Abu Hanifah dan Ahmad dalam salah satu riwayat darinya,iaitu pendapat yang kami serahkan kepada ALLAH SWT dan tidak kami yakin selain darinya,iaitu pendapat yang sesuai dengan hukum Rasulullah SAW.Perintahnya, larangannya, kaedah-kaedah syariatnya dan kemaslahatan-kemaslahatan umatnya."

5.Bahkan Islam telah menghantarkan perempuan lebih jauh dari itu,ketika Islam menjadikannya bertanggungjawab terhadap memperbaiki masyarakat melalui amalan amar ma`ruf dan nahi mungkar (menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).

          ALLAH SWT berfirman:

"dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan,sebahagian mereka(adalah)menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.Mereka menyuruh(mengerjakan)yang ma`aruf,mencegah dari yang munkar,mendirikan solat,menunaikan zakat,dan mereka taat pada ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana,"
                                                                                             (Surah At-Taubah:71)

6.Penghormatan tersebut mencapai maknanya yang paling luhur ketika Islam menjadikan perempuan jaminan perlindungan yang membuatnya dapat menjamin dan melindungi sesiapa pun yang dikehendakinya dari kalangan musuh,sehingga semua manusia harus menjalankan perintahnya dan memberi respon terhadap perkataannya.Maka tak seorang pun yang boleh mengusik orang yang telah dijaminnya itu.

           Aisyah RA berkata,"Jika ada perempuan yang menjamin orang-orang Mu`min,maka itu boleh."
     
             Hal tersebut termasuklah perkara yang paling kritikal,bahkan barangkali perkara ini merupakan perkara yang paling kritikal dan paling perlu berhati-hati dan berwaspada.Ini bereti pengukuhan keupayaan dan keadilannya dalam masalah tersebut setakat sampai sini merupakan kepercayaan Islam yang mutlak terhadap keistimewaan-keistimewaan yang tinggi yang diberikan kepada kaum wanita.Ini juga merupakan tingginya kehormatan serta kedudukannya dalam kehidupan.

             Ini semua merupakan contoh-contoh pandangan Islam terhadapa perempuan dalam dimensi kemanusiaanya yang sama dengan kaum lelaki.
             Adapun pandangan Islam dari sudut kewanitaannya yang hanya khusus baginya boleh dilihat melalui contoh-contoh berikut:

              1. Islam melindunginya dan menjaganya dari kesusahan dan kesulitan dalam menjalani kehidupan.Maka Islam mewajibkan atas walinya untuk memberikan nafkah kepadanya,sama ada walinya itu,ayah kandung,saudara lelakinya,bapa saudaranya,ataupun selain dari mereka.Jika dia telah menikah,maka tanggungjawab memberi nafkah dan memenuhi segala keperluannya beralih kepada suaminya walaupun dia memiliki harta.

            Rasulullah SAW bersabda,

            "Barangsiapa yang memiliki tiga orang anak perempuan,dia melindungi mereka,menyayangi mereka, dan menanggung mereka,maka wajiblah baginya syurga."ada yang berkata,:Wahai Rasulullah,jika dua orang?" Beliau pun menjawab,"sekalipun dua orang."Perawi berkata,"Maka sebahagiaan orang melihat sekiranya dia mengatakan seorang nescaya beliau berkata,"Dan satu orang pun."

          Dari Mu`awiyah Ibn Hiyadh Ra,dia berkata,"aku berkata,"Wahai Rasulullah,apakah hak isteri salah seorang dari kami atas suaminya? "Beliau menjawab,"Engkau memberinya makan jika engkau makan,engkau memberinya pakaian jika engkau memakai pakaian,engkau tidak memikul wajahnya,tidak menjelek-jelekannya dan tidak memboikotnya kecuali di rumah."

          Tanggungan ini merupakan tuntutan alaminya sebagai seorang wanita yang harus mengurus rumahnya serta mengasuh anak-anaknya,dan ini merupakan tugasan berat yang memerlukan tenaga yang besar serta tunpuan yang sepenuhnya.Oleh sebab itu,Islam tidak mewajibkannya bekerja diluar rumah,kerana ini merupakan kezaliman baginya.Ini kerana apabila bekerja diluar dan penat di dalam rumahnya,lalu bagaimana dia boleh menggabung antara ini dan itu?!

        Sesungguhnya ini,dari sudut pandangan Islam bertentangan dengan tabiat kewanitaanya selama keadaannya tidak memaksanya bekerja,dengan peraturan-peraturan syariat yang telah dibatasi Islam untuk pekerjaan wanita,dan sekiranya tidak terkeluar dari keadaan terpaksa.

       2. Islam menjaga sifat kewanitaannya sehingga dia tetap menjadi sumber perasaan-perasaan sayang,lemah lembut,dan indah.Oleh kerana itu,Islam menghalalkan baginya sebahagian yang diharamkan atas kaum lelaki berdasarkan tuntutan watak wanita dan tugasnya,seperti,memakai perhiasan emas dan mengenakan pakaian sutera tulen.

        Telah disebutkan di dalam hadith,"Sesungguhnya kedua benda ini haram atas segala kaum lelaki umatku,halal bagi kaum wanita mereka."

        Sebaliknya Islam juga telah mengharamkan ke atasnya segala hal yang berlawanan dengan sifat kewanitaannya seperti menyerupai lelaki dalam hal berpakaian,gerak-geri,perilaku dan sebagainya, memperlihatkan perhiasan kepada selain suami dan mahram-mahramnya,atau mengenakan pakaian yang menarik perhatian mereka kepadanya,atau berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya dan bukan pula suaminya.Mereka juga diharamkan dari bercampur gaul dengan lelaki-lelaki ajnabi tanpa ada keperluan yang mendesak,atau keperluan yang sewajarnya,ataupun tidak konsisten dengan batasan-batasan syariat dalam pertemuan dengan mereka.

       Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata,"Dengan hukum-hukum ini,Islam melindungi sifat kewanitaan perempuan dari kejahatan lelaki-lelaki yang jahat,dan menjaga sifat malu serta kehormatannya dengan menjauhkannya dari faktor-faktor,yang boleh menjadikannya sesat.Ini juga bertujuan untuk menjaganya dari fitnah dan hasutan orang-orang yang jahat.Dan yang paling penting sekali,Islam menjaga jiwanya dari tekanan-tekanan disebabkan banyak perkara."

      3. Dan demikian pula halnya dengan hukum-hukum dalam Islam yang membezakan antara lelaki dan perempuan.Ini termasuklah dari segi kepimpinan,warisan,kesaksian,dalam masalah harta dan pindah milik, perwalian umum,serta yang sebagainya.Semuanya secara umumnya kembali kepada pemeliharaan watak wanita,dan perbezaaan struktur fizikal antara lelaki  dan wanita,kejiwaan dan akal-akal mereka.Ini merupakan perbezaan struktur yang telah disebutkan di dalam al-Quran:

        Allah SWT berfirman,

"Dan anak laki-laki tidak sama dengan anak perempuan."
                                                                                 (Surah Ali Imran:36)

Ya,mereka itu tidak sama dan tidak akan pernah sama selamanya.Jadi mengapa orang-orang barat dan pengikut-pengikut mereka di dalam negara Islam hendak melampaui hakikat alam ini yang telah ditetapkan dan diakui oleh seluruh akal manusia ini?

       Itulah pandangan Islam yang seimbang terhadap perempuan dari sisi kemanusiaan dan kewanitaannya, iaitu satu pandangan yang meletakkan perempuan dalam jalan penghormatan yang hakiki,dan menjaganya, dari seluruh segi serta memperbaiki kesalahan-kesalahan masa lalu dan masa akan datang dalam pandangan mereka terhadap perempuan.

       Ustaz Al-Aqqad pernah berkata,"Sifat wanita yang digambarkan di dalam Al-Quran adalah sifat yang di bawa olehnya sejak lahir atau sifat alaminya.Dan hak-hak serta kewajipan-kewajipan yang telah ditetapkan oleh hukum Islam kepada wanita,telah memperbaiki dan memperbetulkan kesalahan-kesalahan masa lalu,pada setiap umat dan peradaban-peradaban yang kuno,dan memberi wanita kedudukan yang belum pernah didapatkannya dari peradaban sebelum ini.Dan setelah kemunculan Islam tidak akan ada satu pun lagi peradaban yang akan memberinya seperti ini.Bahkan,etika-etika peradaban moden datang dalam keadaan semakin mengabaikan dalam hukum-hukumnya dan wasiat-wasiatnya tentang wanita."



              "Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya,
               kelak kecantikannya itu akan membinasakannya,
                    janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya,boleh
                  jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu;
               sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.
           Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli
               tetapi beragama,itu adalah lebih baik bagimu."
                    (Riwayat Abdullah ibn Humaid).

1 comment:

  1. cuba bubuh gambar... nnt belajar la dengan kawan ko... =)

    ReplyDelete